Jawatan / Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Julai 2013Terdapat 2360 kekosongan jawatan di Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam :
1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Perubatan
3. Juruteknologi Makmal Perubatan
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5. Juru X-Ray
6. Penolong Pegawai Farmasi
7. Jurupulih Perubatan Anggota
8. Jurupulih Perubatan Carakerja
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan Ogos ini, SPA akan melaksanakan urusan pemilihan calon untuk mengikut Latihan Separa Perubatan Sesi Januari 2014. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah
sebelum atau pada 31 Julai 2013 (Rabu) jam 11.59 malam.
Jawatan Kosong
Published:
2013-07-28T12:51:00-07:00
Title:Jawatan / Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Julai 2013
Rating:
5 On
22 reviews